Pada 10 Januari 204 telah diadakan Majlis Apresiasi Pemimpin Murid bagi Sesi 2024/2025 di Dewan Ibnu Sina SK Taman Universiti 2. Majlis ini diadakan bagi menghargai para pemimpin murid seperti Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong, SLB dan PRS. Para pelajar ini diberikan sijil dari pihak sekolah sebagai tanda penghargaan dalam membantu pihak sekolah dan juga diatas kecemerlangan dan sumbangan mereka sebagai pemimpin murid.




