Pada 27 Februari 2025 panatia pend. Islam telah mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan Program Ihya’ Ramadhan bagi tahun 2025. Taklimat ini berlangsung selama 3 jam bermula 7.30-10.30 pagi dengan penyertaan semua murid.
Taklimat ini dimulakan dengan penerangan program -program yang akan dijalankan sepanjang bulan ramadhan oleh Cik Helwana Binti Mohammad. Antara program yang bakal dilaksanakan adalah tadarus Al quran, Hafazan Tahap 1, Khat,Daie Cilik serta khatam quran. Seterusnya penerangan berkenanaan kaifiat pelaksanaan ibadat puasa oleh Ustaz Syahmi Akmall bin Hasbullah dan Ustaz Faza Ilman Bin Mohamad Nore juga dilaksanakan dengan jayanya. Murid juga diterangkan kaedah mengambil wuduk menggunakan botol spray juga diterangkan kepada pelajar bagi memudahcara pengambilan air wuduk.
Hasrat kami guru-guru agar pelaksanaan program yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya dalam mendidik anak anak SKTU 2 berakhlak mulia dan bersifat madani seiiring dasar dan misi KPM amnya. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak Kareem 2025/1446H..Moga mendapat keberkatan dari Allah amin.





