- Pada 13 Oktober 2020, U2 telah menerima kunjungan daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (BMIP) bagi menilai penyertaan U2 dalam program Jom Hijau.
Program Jom Hijau ini bermatlamat;
- Menggalakkan penglibatan golongan sasar dalam memelihara, menjaga keindahan dan kebersihan landskap.
- Berperanan membantu PBT dalam menjaga, memelihara dan menyelenggara kawasan lapang/hijau melalui sumbangan tenaga secara sukarela oleh komuniti setempat.
- Menjadikan masyarakat yang lebih perihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam menjalani kehidupan seharian agar persekitaran sentiasa harmoni, mesara dan kondusif.
- Menjadikan PBT sebagai contoh dan tauladan terbaik kepada masyarakat setempat dalam menerapkan kepentingan pemeliharaan landskap kepada alam sekitar
Kriteria Pertindangan ialah;
- 25% Rakabentuk (susunan landskap, landskap lembut, landskap kejur)
- 20% Pemeliharaan (Memelihara tanaman, mengekalkan topografi, langkah memulihara keharmonian alam sekitar)
- 20% Selenggara (Kesuburan tanaman, perawatan tanaman, kekemasan)
- 20% Idea & Inisiatif ( Bersih dari kekotoran, kawasan dalam dan luar, keindahan keseluruhan, kawalan kebersihan)
- 10% Kreativiti (Nilai estetika, bahan terpakai, Penjimatan tenaga, mencipta perkara baru)
- 5% Matlamat (Mencapai objektif, dinilai secara menyeluruh)