Pada 15 Disember 2024, SK Taman Universiti 2 telah mengadakan Hari Keusahawanan. Pelbagai aktiviti jualan, pameran dan permainan telah diadakan seperti petting zoo, soopa doopa, skuter elektrik, giant bubbles, gel blaster, rumah hantu, mini funfair, photobooth, karaoke, face panting, sand art dan sebagainya. Hari keusahawanan kali ini disambut meriah dengan kehadiran para ibu bapa dan alumni U2. Cabutan bertuah turut diadakan dengan pelbagai hadiah menarik termasuk Televisyen! Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam semasa hari keusahawanan berlangsung. Jumpa lagi pada tahun 2025!
















