Kejohanan Merentas Desa 2025

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa yang berlangsung dengan penuh kemeriahan. Kejohanan ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi, dengan penyertaan murid-murid dari Tahun 3, 4, 5 dan 6.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Salina binti Ithnin, yang turut memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta. Beliau menekankan kepentingan sukan dalam membentuk murid yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing.

Trek larian sejauh 4.4 km mencabar ketahanan fizikal serta mental peserta dalam kategori L/P 9, L/P10, L/P 11 dan L/P 12 tahun. Para peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dengan bersungguh-sungguh menamatkan larian masing-masing. Sokongan daripada guru-guru serta rakan-rakan menyemarakkan lagi semangat mereka untuk terus berjuang hingga ke garisan penamat.

Sepanjang kejohanan, langkah keselamatan diberi keutamaan dengan kehadiran pasukan perubatan serta guru-guru yang bertugas di setiap check-point. Semua peserta berjaya menamatkan larian dengan selamat.

Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas semua peserta tiba di garisan penamat. Pemenang bagi setiap kategori menerima pingat dan sijil penghargaan sebagai tanda kejayaan mereka. Kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga memupuk nilai kerjasama, ketahanan diri serta semangat juang dalam kalangan murid.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang! Diharapkan kejohanan ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan murid yang cergas dan berdaya maju.

Ikuti Kami

Berita Popular

Program Ihya Ramadhan 2025

Bersempena Bulan Ramadan yang berkat ini, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah merancang

Kejohanan Merentas Desa 2025

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa yang berlangsung dengan penuh kemeriahan.

Acara sukan hari ke-4

Hari ni diadakan acara sukan hari keempat iaitu acara tarik tali dan lompat tinggi. Majlis

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.

Program Ihya Ramadhan 2025

Bersempena Bulan Ramadan yang berkat ini, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah merancang pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi sambutan ihya ramadan bagi tahun ini. Antara program yang telah

Kejohanan Merentas Desa 2025

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa yang berlangsung dengan penuh kemeriahan. Kejohanan ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi, dengan penyertaan murid-murid

Program Ihya Ramadhan SK Taman Universiti 2

Pada 27 Februari 2025 panatia pend. Islam telah mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan Program Ihya’ Ramadhan bagi tahun 2025. Taklimat ini berlangsung selama 3 jam bermula 7.30-10.30 pagi dengan penyertaan

Acara sukan hari ke-4

Hari ni diadakan acara sukan hari keempat iaitu acara tarik tali dan lompat tinggi. Majlis berjalan lancar dan meriah dengan penyertaan para pelajar​ U2. Para pelajar menunjukkan semangat kesukanan yang