Bersempena Bulan Ramadan yang berkat ini, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah merancang pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi sambutan ihya ramadan bagi tahun ini. Antara program yang telah dirancang adalah seperti Program Tadarus, Risalah Ramadan, Kuiz Ramadan, Yaasin Perdana, Khatam Al-Quran, Mewarna, Hafazan, Khat, Daie Cilik dan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang dan dilaksanakan. Moga Ramadan kita semua dilimpahi barokah dan rahmah dari Allah swt, Insyaallah!

